Friday, February 13, 2015

SABAHRHINOS - RADULAH

RADULAH - ROCASIA dicipta khas untuk SABAHRHINOS 





SEJARAH ROCASIA



LATAR BELAKANG : ROCASIA

Rock Acuan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2013 dengan menampilkan genre Rock sebagai asas dalam penghasilan karya.

Bermula dengan single Tiada Kata, Mencari Bayangmu dan Nadiraku, lagu-lagu ini telah memperkenalkan ROCASIA di arus seni tempatan, Sabah.

Sehingga kini lagu-lagu ROCASIA sudah disiarkan di beberapa rangkaian radio frekuensi dan online. Antaranya; SabahFM, SandakanFM, TawauFM, KeningauFM, KKFM, SuriaFMSabah, NasionalFM, KLFM, SelangorFM, NegeriFM, Kencana FM Bandung-Indonesia, Chandra FM Banjarmasin-Indonesia, BNC FM Banjarmasin-Indonesia, Pelangi FM Brunei Darussalam, OnlineFM, SiukFM dan sebagainya.

Rocasia juga menjadi Ahli MACP, PRISME, KOPSTAR dan KA1MS serta menjadi Duta Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah (SFFC).

ROCASIA juga telah menghasilkan tiga Video Music iaitu Lagu Tiada Kata, Mencari Bayangmu dan Pertama.

ROCASIA DI PESTA TAMU GADANG UMS

Karya Adalah Persahabatan

Tahun 2014 merupakan undangan kali kedua Rocasia di Pesta Tamu Gadang UMS.

"PERTAMA" - Rocasia