Saturday, July 3, 2021

MAIN KAU BURUNG SEMAKIN MENARIK PERHATIAN

 MAIN KAU  BURUNG BAH 



SELAMAT DATANG BAKAT BARU - SOBLI KECIK

SELAMAT DATANG BAKAT BARU

Meriah hiburan kali ini membawa anda semua mengenali seseorang jejaka muda yang sungguh berbakat di dalam dunia seni suara.
Pemuda yang dimaksud ialah Mohd Sobli bin Seri yang lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu 'Sobli Kecik' , berumur 32 tahun dan berasal daripada Kampung Pengalat, Papar Sabah.
Persoalannya Siapa kah Sobli Kecik⁉️
Kali ini kita akan kongsikan dengan anda semua mengenai perjalanan seni Pemuda ini hingga diterima oleh sesebuah Production hiburan yang ada di Negeri Sabah.
Bakat dan minat terhadap Seni suara sangat terserlah dan diasah sejak di bangku sekolah rendah atas dorongan keluarga yang begitu minat akan seni muzik. Malah, keluarga Sobli Kecik mejoritinya semua pandai menyanyi dengan adanya bakat semula jadi. Secara tidak langsung Sobli kecik menjadi pelapis seni keluarganya di masa akan datang.
Dengan sokongan daripada keluarganya, pengalaman diwaktu kecil beliau banyak mengharungi liku-liku cabaran. Beliau banyak mengikuti pelbagai aktiviti nyanyian di masa itu bagi mengasah bakat seterusnya membiasakan diri untuk berdepan di khalayakan ramai.
Perjuangan sebagai seorang anak seni terus aktif hingga ke hari ini dengan berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Artis Tempatan Sabah iaitu saudara 'Amy Pengalat', selaku vokalis utama kumpulan Rocasia. Sobli Kecik sangat beruntung kerena Artis Tempatan Sabah telah menjadi mentornya sepanjang beliau melibatkan diri dengan dunia seni hiburan. Tambahan pula, mereka berdua menetap di Kampung halaman yang sama.
Pencapaian Sobli Kecik sepanjang bergelar anak seni, beliau banyak kali memenangi pertandingan nyanyian secara terbuka di sekitar daerah Papar dan Kota Kinabalu. Baru-baru ini menjadi perbualan nitezen atas kemenangan beliau di dalam pertandingan nyanyian lagu-lagu Raya secara maya yang berlangsung pada bulan Mei tahun ini. Anjuran daripada Wanita Umno Papar, Sabah. Secara kesimpulannya , persembahan beliau sangat memukau perhatian orang ramai, walaupun secara online tetapi yang pastinya kekuatan vokal Sobli kecik sangat menyerlah dengan cara tersendiri. Persediaan tempat yang begitu rapi membuatkan penonton lebih dekat untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri pada waktu itu.
Meskipun umur masih muda tidak menjadi halangan buat Sobli kecik memilih Artis Pop Malaysia iaitu 'Jamal Abdillah' sebagai idola seninya. Seringkali Sobli Kecik membawakan lagu koleksi penyanyi Pop Malaysia itu di dalam pertandingan dan persembahan nyanyian.
Langkah demi langkah tergerak hati Sobli Kecik ingin memperluaskan empayar bakatnya dengan menghantar video nyanyian secara cover di sebuah Production yang begitu aktif di masa kini iaitu Meriah Record melalui email dan platform yang sedia ada. Menurut Sobli Kecik, Meriah Record adalah sebuah production yang banyak melahirkan bakat-bakat baru untuk dijadikan penyanyi di masa akan datang bagi mewarnai industri muzik tanah air.
Pada masa yang sama, pengurusan bagi menerima maklum balas daripada Pihak Meriah Record mengambil masa yang lama bagi mendapat keputusan. Alhamdulilah dan syukur ke hadrat ilahi, beliau mendapat keputusan melalui panggilan telefon mengatakan bahawa Sobli Kecik layak dan lulus dengan jayanya. Secara sahnya Sobli Kecik menjadi penyanyi di bawah naungan Meriah Record Production. Seiring dengan kelulusan itu, pihak production akan mengeluarkan single terbaru Sobli Kecik yang kini dalam proses pembikinan.
Harapan beliau di masa akan datang semoga kariernya sebagai seorang penggiat seni akan berterusan dan diterima baik daripada semua orang. Pesanan daripada Sobli Kecik kepada semua orang yang mengenali dirinya, Kita sedia maklum dengan kehadiran Pandemik Covid19 di Negara kita makin berluasan. Beliau sarankan kepada semua orang agar mematuhi SOP yang telah di keluarkan oleh pihak Kerajaan, Jaga Jarak, Pakai Mask, Doa dan InsyAllah kita pasti Menang.